Wednesday 5 September 2012

Mari bermain..sambil belajar

Krisis 911

Objektif Permainan

  • Menjana pemikiran kreatif dan kritis
  • Meningkatkan keupayaan berfikir
Peralatan

  • Polistirena
  • Tiga bekas minuman air mineral 500ml
  • Kotak kosong
  • Kertas warna
  • Pewarna
  • Jam loceng
Kaedah Permainan

  • Satu bom yang dicipta akan meletup dalam masa 8 minit. di luar bahagian bom itu ditutupi dengan satu kotak keselamatan yang berkod. bagi menghentikan timer bom itu, saudara terpaksa membuka kotak keselamatan dengan menyelesaikan masalah matematik seperti berikut :-


  • Dengan syarat, mengisi setiap petak kosong dengan nombor 1 sehingga 16 tanpa mengulanginya dan jumlah hasil tambah setiap lajur, baris dan pepenjurunya adalah bernilai 34.

  • Selepas membuka kotak keselamatan itu, saudara akan dapat lihat bom itu. bagi mengelakkan bom itu daripada meletup, saudara terpaksa menyelesaikan satu masalah lagi iaitu mengisi air sebanyak 400ml ke dalam bekas yang terdapat pada bom tersebut. Dengan syarat bahawa isi padu air tersebut haruslah tepat 400ml, tidak boleh lebih atau kurang. Di samping itu, air yang hendak dituangkan ke dalam bekas haruslah dapat melalui kaedah-kaedah berikut :-
- Terdapat 3 buah bekas lain, masing-masing dengan muatan isi padu sebanyak 800ml, 500ml dan 300ml. Bekas 800ml dipenuhi dengan air manakala bekas 500ml dan 300ml adalah kosong. Anda dikhendaki mendapatkan tepat 400ml dalam salah satu bekas itu tanpa menggunakan bantuan alat penyukat yang lain. 





No comments:

Post a Comment